1 Pengenalan

Terima kasih kerana memilih M-nilam (“M-nilam”, “kita”, “kami”, “milik kami”). Dengan mendaftar atau sebaliknya menggunakan perkhidmatan M-nilam, laman-laman web, dan aplikasi perisian (gabungan, “Perkhidmatan M-nilam” atau “Perkhidmatan”), atau mengakses sebarang isi kandungan atau bahan yang disediakan oleh M-nilam melalui Perkhidmatan (“Kandungan”) anda memulakan pengikatan kontrak dengan entiti M-nilam ditunjukkan di akhir dokumen ini. Perkhidmatan M-nilam juga termasuk Komuniti Sokongan M-nilam seperti yang diterangkan selanjutnya.

Perkhidmatan M-nilam termasuk ciri-ciri intelek . Penggunaan Perkhidmatan M-nilam bergantung pada beberapa keperluan teknikal.

Perjanjian anda dengan kami termasuk Terma dan Syarat Penggunaan (“Terma”) dan Dasar Privasi kami. (Terma, Dasar Privasi, dan sebarang terma tambahan yang anda mempersetujui, seperti yang dibincangkan dalam bahagian Perjanjian Keseluruhan, dirujuk bersama sebagai “Perjanjian”.) Jika anda berharap untuk menyemak semula terma Perjanjian, versi Perjanjian yang berkuat kuasa boleh didapati pada laman web M-nilam. Anda memperakui bahawa anda telah membaca dan memahami Perjanjian, menerima Perjanjian ini, dan bersetuju untuk mematuhinya. Jika anda tidak bersetuju dengan (atau tidak mematuhi) Perjanjian tersebut, anda tidak boleh menggunakan Perkhidmatan M-nilam atau menggunakan sebarang Kandungan.

Sila baca Perjanjian dengan teliti. Ia merangkumi maklumat penting tentang Perkhidmatan M-nilam yang disediakan kepada anda dan bil yang mengandungi sebarang caj, cukai dan yuran yang kami hantarkan kepada anda. Perjanjian termasuk maklumat tentang perubahan di masa depan kepada Perjanjiankawalan eksportpembaharuan automatikhad liabilitimaklumat privasipengecualian tindakan kelas, dan penyelesaian pertikaian melalui penimbangtaraan dan bukan di mahkamah.

Sebarang maklumat yang anda berikan semasa pendaftaran boleh dibetulkan semasa proses pendaftaran dengan memulang ke skrin terdahulu dan membetulkan maklumat yang salah.

Dalam usaha untuk menggunakan Perkhidmatan M-nilam dan mengakses Kandungan, anda perlu (1) berumur 13 tahun atau ke atas, hingga berumur 17 tahun dengan persetujuan ibu bapa atau penjaga untuk Perjanjian (melainkan seperti yang ditetapkan dalam carta di bawah), (2) berkuasa untuk memulakan pengikatan kontrak dengan kami dan tidak disekat daripada berbuat demikian di bawah sebarang undang-undang yang berkenaan, dan (3) residen di negara yang Perkhidmatan tersebut disediakan. Anda juga berjanji bahawa sebarang maklumat pendaftaran yang anda serahkan kepada M-nilam adalah benar, tepat dan lengkap, dan anda bersetuju untuk mengekalkannya sepanjang masa.

 

2 Perubahan dalam Perjanjian

Kadangkala kami mungkin, mengikut pertimbangan kami, membuat perubahan dalam Perjanjian. Apabila kami membuat perubahan material dalam Perjanjian, kami akan menyediakan anda notis awam yang bersesuaian di bawah keadaan tersebut, cth., dengan memaparkan notis awam dalam Perkhidmatan tersebut atau menghantar e-mel kepada anda. Dalam keadaan tertentu, kami akan memberitahu anda terlebih awal, dan penggunaan anda secara berterusan dengan Perkhidmatan tersebut selepas perubahan telah dibuat akan merupakan penerimaan anda terhadap perubahan tersebut. Oleh itu, sila pastikan anda membaca sebarang notis sedemikian dengan teliti. Jika anda tidak ingin meneruskan penggunaan Perkhidmatan di bawah versi baharu Perjanjian, anda boleh menamatkan Perjanjian tersebut.

3 Menikmati M-nilam

Berikut adalah maklumat khusus kesemua cara yang anda boleh menikmati M-nilam.

3.1 Perkhidmatan Percuma

.

Perkhidmatan Tanpa Had mungkin tidak boleh didapati untuk kesemua pengguna. Kami akan menerangkan perkhidmatan yang tersedia untuk anda apabila anda mendaftar untuk perkhidmatan tersebut. Jika anda membatalkan langganan kepada Perkhidmatan Tanpa Had, atau jika langganan anda kepada Perkhidmatan Tanpa Had tergendala (sebagai contoh, jika anda mengubah butiran pembayaran anda), anda mungkin tidak boleh melanggan semula untuk Perkhidmatan Tanpa Had. Sila maklum bahawa Perkhidmatan Tanpa Had mungkin dihentikan pada masa depan, yang anda tidak akan dikenakan caj untuk Perkhidmatan tersebut.

3.2 Percubaan

Dari masa ke semasa, kami atau seseorang bagi pihak kami mungkin menawarkan percubaan  tanpa tempoh masa tertentu atau  pembayaran M-nilam memelihara hak, mengikut pertimbangan mutlaknya, untuk menentukan kelayakan anda untuk Percubaan, dan tertakluk kepada undang-undang yang berkenaan, untuk menarik balik atau mengubahsuai Percubaan pada bila-bila masa tanpa notis terdahulu dan tanpa liabiliti, setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Untuk Percubaan tertentu, kami akan mengkehendaki anda untuk menyediakan butiran pembayaran anda untuk memulakan Percubaan tersebut.

4 Hak yang kami berikan kepada anda

Perkhidmatan M-nilam dan Kandungan ialah harta M-nilam atau pelesen M-nilam. Kami memberi anda lesen yang terhad, tidak eksklusif, boleh dibatalkan untuk menggunakan Perkhidmatan M-nilam, dan lesen yang terhad, tidak eksklusif, boleh dibatalkan untuk penggunaan Kandungan (“Lesen”) secara peribadi, bukan komersial, hiburan. Lesen ini harus dikekalkan berkuat kuasa sehingga dan melainkan ditamatkan oleh M-nilam atau anda. Anda berjanji dan bersetuju bahawa anda sedang menggunakan Kandungan untuk kegunaan peribadi, bukan komersial, hiburan dan bahawa anda tidak akan mengedar semula atau memindahkan Perkhidmatan M-nilam atau Kandungan tersebut.

Aplikasi perisian M-nilam dan Kandungan adalah dilesen, bukan dijual, kepada anda, dan M-nilam serta pelesennya mengekalkan milik ke atas semua salinan aplikasi perisian M-nilam dan Kandungan walaupun selepas pemasangan pada komputer peribadi, telefon mudah alih, tablet anda, dan/atau peranti lain yang berkaitan (“Peranti”).

Semua hak cipta, tanda perkhidmatan, nama dagangan, logo, nama domain, dan sebarang ciri-ciri yang lain tentang jenama Spotify (“Ciri-ciri Jenama Spotify”) adalah hak milik Spotify atau pelesennya. Perjanjian tersebut tidak memberi anda apa-apa hak untuk menggunakan sebarang Ciri-ciri Jenama Spotify sama ada untuk kegunaan komersial atau bukan komersial.

Anda bersetuju untuk mematuhi Garis Panduan Pengguna kami dan tidak menggunakan Perkhidmatan Spotify, Kandungan, atau mana-mana bahagian dalam apa-apa cara yang tidak dibenarkan secara nyata oleh Perjanjian tersebut. Kecuali untuk hak yang diberikan secara nyata kepada anda dalam Perjanjian ini, Spotify tidak memberikan hak, hak milik atau kepentingan kepada anda dalam Perkhidmatan atau Kandungan Spotify.

Perisian pihak ketiga (sebagai contoh, perpustakaan perisian sumber terbuka) termasuk dalam Perkhidmatan adalah dilesenkan kepada anda sama ada di bawah Perjanjian atau di bawah terma lesen perpustakaan perisian pihak ketiga yang berkenaan seperti yang diterbitkan dalam bahagian bantuan atau tetapan komputer dan telefon mudah alih pelanggan dan/atau pada tapak web kami.

5 Aplikasi Pihak Ketiga

Perkhidmatan Spotify digabungkan dengan aplikasi pihak ketiga, laman web, dan perkhidmatan (“Aplikasi Pihak Ketiga”) untuk menyediakan isi kandungan, produk, dan/atau perkhidmatan kepada anda. Aplikasi Pihak Ketiga ini mungkin mengandungi terma dan syarat penggunaan serta dasar privasi dan penggunaan anda dalam Aplikasi Pihak Ketiga ini akan ditadbir urus oleh dan tertakluk kepada terma dan syarat serta dasar privasi sedemikian. Anda memahami dan bersetuju bahawa Spotify tidak menyokong dan tidak bertanggungjawab atau berkewajipan atas tingkah laku, ciri-ciri, atau kandungan Aplikasi Pihak Ketiga yang lain atau untuk sebarang transaksi yang mungkin anda mulakan dengan mana-mana pembekal Aplikasi Pihak Ketiga tersebut.

6 Isi Kandungan Janaan Pengguna

Pengguna Spotify mungkin menyiarkan, memuat naik, dan/atau menyumbang (“menyiarkan”) isi kandungan kepada Perkhidmatan (yang mungkin termasuk, contohnya, gambar, teks, mesej, maklumat, penyusunan senarai audio video, dan/atau jenis kandungan lain) (“Kandungan Pengguna”). Untuk mengelakkan keraguan, “Kandungan Pengguna” termasuk sebarang isi kandungan yang disiarkan di Komuniti Sokongan Spotify serta mana-mana bahagian Perkhidmatan Spotify yang lain.

Anda berjanji bahawa, berkenaan dengan sebarang Kandungan Pengguna yang anda siarkan pada Spotify, (1) anda berhak untuk menyiarkan Kandungan Pengguna tersebut, dan (2) Kandungan Pengguna tersebut, atau penggunaannya oleh Spotify seperti yang dipertimbangkan oleh Perjanjian, tidak melanggar Perjanjian, undang-undang yang berkenaan, atau harta intelek (termasuk tanpa had hak cipta), publisiti, personaliti, atau hak orang lain atau mencerminkan sebarang pelanggaran kepada atau pengendorsan anda atau Kandungan Pengguna anda oleh Spotify atau mana-mana penyanyi, kumpulan, label, entiti atau individu tanpa persetujuan bertulis daripada individu atau entiti tersebut.

Spotify mungkin, tetapi tidak mempunyai tanggungjawab untuk, memantau, menyemak semula, atau mengubah Kandungan Pengguna. Dalam semua kes, Spotify memelihara hak untuk mengeluarkan atau menamatkan akses kepada sebarang Kandungan Pengguna atas sebarang atau tanpa sebab, termasuk tetapi tidak terhad kepada, Kandungan yang, mengikut pertimbangan mutlak Spotify, melanggar Perjanjian. Spotify mungkin mengambil tindakan ini tanpa pemberitahuan terdahulu kepada anda atau mana-mana pihak ketiga. Penyingkiran atau menamatkan akses kepada Kandungan Pengguna hendaklah mengikut pertimbangan mutlak kami, dan kami tidak berjanji untuk menyingkirkan atau menamatkan akses kepada sebarang Kandungan khusus.

Anda bertanggungjawab untuk semua Kandungan Pengguna yang anda siarkan. Spotify tidak bertanggungjawab untuk Kandungan Pengguna atau sama ada ia menyokong sebarang pendapat yang terkandung dalam sebarang Kandungan Pengguna. ANDA BERSETUJU BAHAWA JIKA SESIAPA MEMFAILKAN TUNTUTAN TERHADAP SPOTIFY BERKAITAN DENGAN KANDUNGAN YANG ANDA SIARKAN, DENGAN ITU, SETAKAT YANG DIBENARKAN DI BAWAH UNDANG-UNDANG TEMPATAN, ANDA AKAN MEMBAYAR GANTI RUGI DAN MELINDUNGI SPOTIFY DARIPADA DAN TERHADAP SEMUA KEROSAKAN, KERUGIAN, DAN APA-APA JENIS PERBELANJAAN (TERMASUK YURAN DAN KOS GUAMAN YANG MUNASABAH) YANG BERPUNCA DARIPADA TUNTUTAN TERSEBUT.

7 Hak yang anda beri kepada kami

Dalam mempertimbangkan hak yang diberikan kepada anda di bawah Perjanjian tersebut, anda memberi kami hak (1) untuk membenarkan Perkhidmatan M-nilam untuk menggunakan prosesor, lebar jalur, dan peranti storan pada Peranti anda demi memudahkan operasi Perkhidmatan tersebut, (2) untuk menyediakan pengiklanan dan maklumat-maklumat lain kepada anda, dan (3) untuk membenarkan rakan niaga kami untuk melakukan perkara yang sama. Dalam mana-mana bahagian Perkhidmatan M-nilam, Kandungan yang anda tinjau, termasuk pemilihan dan kedudukan, mungkin dipengaruhi oleh pertimbangan komersial, termasuk perjanjian dengan pihak ketiga. Sesetengah Kandungan yang dilesenkan atau disediakan kepada M-nilam (cth. podcast) mungkin mengandungi iklan yang menjadi sebahagian Kandungan tersebut. Dalam hal yang demikian, M-nilam  akan menyediakan Kandungan tersebut kepada anda tanpa sebarang pengubahsuaian.

Jika anda memberi maklum balas, idea atau cadangan kepada M-nilam berhubung dengan Perkhidmatan M-nilam atau Kandungan (“Maklum Balas”), anda mengesahkan bahawa Maklum Balas tersebut tidak sulit dan anda memberi kuasa kepada M-nilam untuk menggunakan Maklum Balas anda tanpa penyekatan dan tanpa pembayaran kepada anda. Maklum Balas dianggap sejenis Kandungan Pengguna.

8 Garis Panduan Pengguna

 

M-nilam menghormati hak harta intelek dan mengharapkan anda melakukan perkara yang sama. Kami telah mewujudkan beberapa peraturan asas untuk anda mengikuti apabila menggunakan Perkhidmatan tersebut, untuk memastikan M-nilam kekal dinikmati oleh semua orang. Sila patuhi peraturan ini dan galakkan pengguna yang lain melakukan perkara yang sama.

Berikut tidak dibenarkan atas sebarang sebab:

penyalinan, pengedaran semula, pembuatan semula, “merentas”, perekodan, pemindahan, pameran atau pemaparan kepada orang awam, penyiaran, atau pendedahan kepada orang awam mana-mana bahagian Perkhidmatan M-nilam atau Kandungan, atau sebaliknya menggunakan sebarang penggunaan Perkhidmatan M-nilam atau Kandungan yang tidak dibenarkan di bawah Perjanjian atau undang-undang yang berkenaan atau yang sebaliknya menimbulkan pelanggaran kepada hak harta intelek (seperti hak cipta) dalam Perkhidmatan Service atau Kandungan atau mana-mana bahagian daripadanya;

menggunakan Perkhidmatan M-nilam untuk mengimport atau menyalin sebarang fail tempatan yang anda tidak mempunyai hak undang-undang untuk mengimport atau menyalin dalam cara ini;

memindahkan salinan Kandungan cache daripada Peranti yang dibenarkan kepada sebarang Peranti yang lain melalui apa-apa cara;

kejuruteraan berbalik, penyahsusunan, penyahhimpunan, pengubahsuaian, atau penciptaan kerja terbitan berdasarkan Perkhidmatan M-nilam, Kandungan atau mana-mana bahagiannya melainkan dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

mengelakkan sebarang teknologi yang digunakan oleh M-nilam, pelesennya, atau mana-mana pihak ketiga untuk melindungi Kandungan atau Perkhidmatan tersebut;

menjual, menyewa, memberi sublesen atau pajakan mana-mana bahagian Perkhidmatan M-nilam atau Kandungannya;

mengelakkan sebarang penyekatan kawasan diguna pakai oleh M-nilam atau pelesennya;

meninggikan kiraan main secara buatan atau sebaliknya memanipulasikan Perkhidmatan dengan menggunakan skrip atau lain-lain proses automatik;

mengeluarkan atau meminda sebarang hak cipta, tanda dagangan, atau lain-lain notis harta intelek yang terkandung pada atau disediakan melalui Perkhidmatan M-nilam (termasuk untuk tujuan menyembunyikan atau mengubah apa-apa tanda pemilikan atau sumber sebarang Kandungan);

memaparkan kata laluan anda kepada sesiapa atau menggunakan nama pengguna dan kata laluan orang lain;

“merangkak” Perkhidmatan M-nilam atau sebaliknya menggunakan sebarang cara automatik (termasuk bot, scraper, dan spider) untuk mengumpulkan maklumat daripada M-nilam; atau

menjual akaun pengguna atau senarai audio video atau sebaliknya menerima sebarang pampasan, kewangan atau sebaliknya, untuk mempengaruhi nama akaun atau senarai audio video atau kandungan yang termasuk dalam akaun atau senarai audio video.

9 Pelanggaran dan pelaporan Isi Kandungan Pengguna

M-nilam menghormati hak pemilik harta intelek. Jika anda percaya bahawa sebarang Kandungan melanggar hak harta intelek anda atau hak-hak yang lain. Jika M-nilam diberitahu oleh pemegang hak cipta bahawa sebarang Kandungan yang melanggar hak cipta, M-nilam mungkin mengambil tindakan mengikut budi bicara mutlaknya tanpa pemberitahuan terdahulu kepada penyedia Kandungan tersebut. Jika penyedia tersebut mempercayai bahawa kandungan tersebut tidak melanggar, penyedia hendaklah menyerahkan pemberitahuan kepada M-nilam dengan permintaan untuk memulihkan semula kandungan yang dikeluarkan.

Jika anda percaya bahawa sebarang Kandungan tidak mematuhi Garis Panduan Pengguna, sila isi borang notis kami.

10 Had perkhidmatan dan pengubahsuaian

Spotify akan berusaha untuk mengekalkan operasi Perkhidmatan M-nilam. Walau bagaimanapun, sesetengah kesukaran teknikal atau penyelenggaraan mungkin, dari semasa ke semasa, menyebabkan gangguan sementara. Setakat yang dibenarkan di bawah undang-undang yang berkenaan, M-nilam memelihara hak, secara berkala dan pada bila-bila masa, untuk mengubah suai dan memberhentikan, secara sementara atau tetap, fungsi dan ciri-ciri Perkhidmatan M-nilam, dengan atau tanpa notis, semua tanpa liabiliti kepada anda, kecuali yang dibenarkan oleh undang-undang, untuk sebarang gangguan, pengubahsuaian, atau pemberhentian Perkhidmatan M-nilam atau apa-apa fungsi atau ciri-cirinya. Anda memahami, bersetuju, dan menerima bahawa M-nilam tidak berkewajipan untuk menyelenggara, menyokong, menaik taraf, atau mengemas kini Perkhidmatan tersebut, atau untuk menyediakan semua atau sebarang kandungan khusus melalui Perkhidmatan tersebut. Bahagian ini akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. M-nilam dan/atau pemilik sebarang Kandungan mungkin, dari semasa ke semasa, mengeluarkan sebarang Kandungan sedemikan tanpa notis setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan.

11 Akaun Jenama

Jika anda mencipta akaun M-nilam bagi pihak syarikat, organisasi, entiti, atau jenama (“Jenama”, dan akaun sedemikian “Akaun Jenama”), terma “anda” dan “milik anda”, yang digunakan sepanjang Perjanjian tersebut, diguna pakai kepada anda dan Jenama, yang berkenaan.

Jika anda membuka akaun Jenama, anda mengatakan dan menjamin bahawa anda diberi kuasa untuk memberikan semua kebenaran dan lesen yang disediakan dalam Perjanjian dan untuk mengikat Jenama kepada Perjanjian.

11.1 Mengikuti

Jenama tersebut mungkin hanya mengikuti pengguna yang mengikut Jenama pada mula-mulanya; dan Jenama mungkin tidak mengambil sebarang tindakan yang melibatkan pengedorsan atau perhubungan antara Jenama dan pengguna yang diikuti, kecuali Jenama telah memperoleh hak secara bebas untuk mengimplikasikan pengendorsan tersebut. Atas permintaan M-nilam, mengikut budi bicara mutlaknya, Jenama hendaklah berhenti mengikuti pengguna.

12 Komuniti sokongan M-nilam

Komuniti Sokongan M-nilam ialah tempat untuk perbincangan dan pertukaran maklumat, petua, dan bahan-bahan lain yang berkaitan dengan Perkhidmatan M-nilam. Demi menggunakan Komuniti Sokongan M-nilam, anda mesti (1) mempunyai akaun yang sedia ada, dan (2) mengesahkan akaun M-nilam .Arahan untuk mencipta Akaun Sokongan M-nilam boleh didapati pada halaman pendaftaran Komuniti. Selain daripada Perjanjian tersebut, anda juga bersetuju untuk Garis Panduan Komuniti Sokongan

12.1 Akaun Sokongan M-nilam

Dengan mencipta Akaun Sokongan M-nilam, anda mengesahkan sebarang maklumat pendaftaran yang anda serahkan kepada M-nilam adalah benar, tepat, dan lengkap serta anda akan mengemas kini maklumat tersebut dalam usaha untuk memastikan ia maklumat terkini. Ia adalah dilarang secara ketat untuk merangkumi maklumat dalam profil anda yang mencadangkan anda ialah pekerja atau moderator M-nilam atau untuk sebaliknya tampil sebagai pekerja atau moderator apabila menggunakan Komuniti Sokongan M-nilam. Anda juga memperakui dan bersetuju bahawa M-nilam boleh mengeluarkan atau menuntut balik nama pengguna anda pada bila-bila masa jika M-nilam mengikut budi bicaranya mempertimbangkan kesesuaian tindakan tersebut.

13 Sokongan pelanggan

Untuk sokongan pelanggan dengan soalan yang berkaitan dengan akaun dan pembayaran (“Pertanyaan Sokongan Pelanggan”), sila serahkan tiket kepada jabatan khidmat pelanggan kami menggunakan borang hubungan Khidmat Pelanggan di bahagian Mengenai Kami pada tapak web kami. Kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk merespons kepada semua Pertanyaan Sokongan Pelanggan dalam tempoh masa yang munasabah tetapi kami tidak menjamin atau memberi apa-apa jenis waranti yang Pertanyaan Sokongan Pelanggan akan menerima respons dalam tempoh masa tertentu dan/atau kami akan menjawab sebarang pertanyaan dengan memuaskan.

14 Terma dan penamatan

Perjanjian akan terus diguna pakai kepada anda sehingga ditamatkan oleh M-nilam atau anda. Walau bagaimanapun, anda memperakui dan bersetuju bahawa lesen kekal yang anda berikan berkaitan dengan Kandungan, termasuk Maklum Balas, tidak boleh dibatalkan dan oleh itu akan diteruskan selepas tamat tempoh atau penamatan sebarang Perjanjian atas sebarang sebab. M-nilam boleh menamatkan Perjanjian atau menggantungkan akses anda kepada Perkhidmatan M-nilam pada bila-bila masa, termasuk dalam kes penggunaan tanpa kebenaran ke atas Perkhidmatan dan/atau Kandungan M-nilam, atau ketidakpatuhan kepada Perjanjian, yang sebenar atau disyaki. Jika anda atau M-nilam menamatkan Perjanjian, atau jika M-nilam menggantungkan akses anda kepada Perkhidmatan M-nilam, anda bersetuju bahawa M-nilam tidak mempunyai liabiliti atau tanggungjawab ke atas anda dan M-nilam tidak akan membayar balik apa-apa amaun yang telah anda bayar, setakat yang dibenarkan sepenuhnya di bawah undang-undang yang berkenaan. Untuk mempelajari cara untuk menamatkan akaun M-nilam, sila hubungi kami melalui borang hubungan Perkhidmatan Pelanggan yang tersedia pada halaman Mengenai Kami. Bahagian ini akan dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang yang berkenaan. Anda boleh menamatkan Perjanjian pada bila-bila masa.

Bahagian 6, 7, 8, 10, 14, 16, 17, 18, 19, 20, 21, 22, 23, dan 24 di sini, serta mana-mana bahagian yang lain dalam Perjanjian yang, sama ada secara tersurat atau dengan sifatnya, hendaklah kekal berkuat kuasa walaupun selepas penamatan Perjanjian, penamatan harus dikekalkan.

15 Waranti dan penafian

KAMI BERUSAHA UNTUK MENYEDIAKAN PERKHIDMATAN TERBAIK YANG KAMI BOLEH, TETAPI KAMI MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA PERKHIDMATAN M-NILAM DIBERIKAN “SEBAGAIMANA YANG BOLEH DIDAPATI” DAN “SEPERTIMANA YANG TERSEDIA”, TANPA APA-APA JENIS WARANTI ATAU KEADAAN. ANDA MENGGUNAKAN PERKHDIMATAN M-NILAM ATAS RISIKO ANDA SENDIRI. SETAKAT YANG DIBENARKAN SEPENUHNYA OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN DAN SEMUA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MEMBUAT SEBARANG PERWAKILAN DAN MENAFIKAN SEBARANG WARANTI ATAU KEADAAN KEPUASAN KUALITI, KEBOLEHPASARAN, KESESUAIAN UNTUK TUJUAN TERTENTU, ATAU TANPA PELANGGARAN. M-NILAM ATAU MANA-MANA PEMILIK KANDUNGAN TIDAK MENJAMIN BAHAWA PERKHIDMATAN M-NILAM BEBAS DARIPADA MALWARE ATAU LAIN-LAIN KOMPONEN YANG MEMBERI KESAN BURUK. SELAIN ITU, M-NILAM TIDAK MEMBUAT PERWAKILAN ATAU WARANTI, ENDORS, JAMINAN, ATAU ANDAIAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MANA-MANA APLIKASI PIHAK KETIGA (ATAU KANDUNGAN DENGANNYA), KANDUNGAN PENGGUNA, ATAU MANA-MANA PRODUK ATAU PERKHIDMATAN LAIN YANG DIIKLANKAN ATAU DITAWARKAN OLEH PIHAK KETIGA PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN M-NILAM ATAU TAPAK WEB HIPERPAUTAN, ATAU CIRI-CIRI DALAM SEBARANG SEPANDUK ATAU PENGIKLANAN. ANDA MEMAHAMI DAN BERSETUJU BAHAWA M-NILAM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAU BOLEH DIDAKWA UNTUK SEBARANG TRANSAKSI ANTARA ANDA DAN PEMBEKAL PIHAK KETIGA APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU PRODUK ATAU PERKHIDMATAN YANG DIIKLANKAN PADA ATAU MELALUI PERKHIDMATAN M-NILAM. MANAKALA DENGAN PEMBELIAN PRODUK ATAU PERKHIDMATAN MELALUI SEBARANG MEDIUM ATAU DALAM APA-APA PERSEKITARAN, ANDA HARUS MENGGUNAKAN BUDI BICARA ANDA DAN MENGAMBIL LANGKAH BERJAGA-JAGA APABILA PERLU. TIADA NASIHAT ATAU MAKLUMAT SAMA ADA SECARA BERTULIS ATAU BERTULIS YANG ANDA PEROLEHI DARIPADA M-NILAM HARUS MEMBENTUK WARANTI BAGI PIHAK M-NILAM BERKENAAN DENGAN INI. ASPEK TERTENTU DALAM BAHAGIAN INI MUNGKIN TIDAK DIGUNA PAKAI DALAM SESETENGAH BIDANG KUASA JIKA DILARANG OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

INI TIDAK MENJEJASKAN HAK BERKANUN ANDA SEBAGAI KONSUMER.

16 Had

ANDA BERSETUJU BAHAWA, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, REMEDI EKSKLUSIF DAN TUNGGAL ANDA UNTUK SEBARANG MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN DENGAN PERKHIDMATAN M-NILAM IALAH UNTUK MENYAHPASANGKAN SEBARANG PERISIAN M-NILAM DAN UNTUK BERHENTI MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN M-NILAM. WALAUPUN M-NILAM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN DENGANNYA, DAN WALAUPUN PERHUBUNGAN ANDA DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA SEDEMIKIAN MUNGKIN DITADBIR URUS OLEH PERJANJIAN YANG BERASINGAN DENGAN PIHAK KETIGA SEDEMIKIAN, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN, REMEDI EKSKLUSIF DAN TUNGGAL ANDA, YANG BERKAITAN DENGAN M-NILAM UNTUK SEBARANG MASALAH ATAU KETIDAKPUASAN DENGAN APLIKASI PIHAK KETIGA ATAU KANDUNGAN DENGANNYA, ADALAH MENYAHPASANGKAN DAN/ATAU BERHENTI MENGGUNA SEBARANG APLIKASI PIHAK KETIGA SEDEMIKIAN.

SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG, DALAM SEBARANG KEADAAN, M-NILAM, PEGAWAI, PEMEGANG SAHAM, PEKERJA, EJEN, PENGARAH, SUBSIDARI, GABUNGAN, PENGGANTI, PENERIMA SERAH HAK, PEMBEKAL ATAU PEMBERI LESENNYA TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB UNTUK (1) SEBARANG KEROSAKAN SECARA TIDAK LANGSUNG, KHAS, TIDAK SENGAJA, PUNITIF, TELADAN ATAU TURUTAN; (2) SEBARANG KEHILANGAN PENGGUNAAN, DATA, PERNIAGAAN, ATAU KEUNTUNGAN (SAMA ADA SECARA LANGSUNG ATAU TIDAK LANGSUNG), DALAM SEMUA KES YANG TIMBUL DARIPADA PENGGUNAAN ATAU KEPASIFAN UNTUK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN M-NILAM, APLIKASI PIHAK KETIGA, ATAU KANDUNGAN APLIKASI PIHAK KETIGA, TIDAK MENGIRA TEORI UNDANG-UNDANG, TIDAK BERKENAAN DENGAN SAMA ADA M-NILAM TELAH DIBERI AMARAN TENTANG KEMUNGKINAN KEROSAKAN, DAN WALAUPUN JIKA REMEDI GAGAL MEMENUHI TUJUANNYA; ATAU (3) LIABILITI AGREGAT UNTUK SEMUA TUNTUAN MENGENAI PERKHIDMATAN M-NILAM, APLIKASI PIHAK KETIGA, ATAU KANDUNGAN APLIKASI LEBIH DARIPADA JUMLAH YANG ANDA BAYAR KEPADA M-NILAM SEMASA DUA BELAS BULAN TERDAHULU YANG DIPERSOALKAN, SETAKAT YANG DIBENARKAN OLEH UNDANG-UNDANG YANG BERKENAAN.

Tiada terma dalam Perjanjian yang mengetepikan atau mengehadkan liabiliti M-nilam untuk penipuan, gambaran salah yang sengaja dipalsukan, kematian atau kecederaan peribadi yang disebabkan kecuaian, dan jika diperlukan oleh undang-undang yang berkenaan, kecuaian yang melampau. Aspek tertentu dalam bahagian ini mungkin diguna pakai dalam sesetengah bidang kuasa jika dilarang oleh undang-undang yang berkenaan.

17  Hak pihak ketiga

Anda mengakui dan bersetuju bahawa pemilik Kandungan dan pengedar tertentu (seperti pembekal kedai aplikasi) adalah benefisiari sah untuk Perjanjian tersebut dan berhak untuk menguatkuasakan Perjanjian secara langsung terhadap anda. Selain daripada yang digariskan dalam bahagian ini, Perjanjian tersebut tidak bertujuan untuk memberikan hak kepada sesesiapa kecuali anda dan M-nilam, dan dalam sebarang keadaan, Perjanjian tidak harus membentuk sebarang hak beneficiari pihak ketiga. Tambahan pula, hak untuk menamatkan, membatalkan atau bersetuju dengan sebarang variasi, pengecualian, atau penyelesaian Perjanjian tersebut tidak tertakluk kepada persetujuan mana-mana individu yang lain.

18 Perjanjian keseluruhan

Melainkan daripada yang dinyatakan dalam bahagian ini atau seperti yang dipersetujui dengan nyata secara bertulis antara anda dan M-nilam, Perjanjian membentuk semua terma dan syarat yang dipersetujui antara anda dan M-nilam serta menggantikan sebarang perjanjian terdahulu yang berhubung dengan perkara dalam Perjanjian ini, sama ada bertulis atau lisan.

Sila ambil perhatian, walau bagaimanapun, aspek penggunaan lain-lain anda kepada Perkhidmatan M-nilam mungkin ditadbir urus oleh perjanjian tambahan. Yang boleh termasuk, sebagai contoh, akses kepada Perkhidmatan M-nilam hasil daripada kad hadiah atau Percubaan berdiskaun atau percuma. Apabila anda ditawarkan dengan promosi untuk aspek sedemikian ke atas penggunaan anda, anda akan ditujukan sebarang perjanjian tambahan lain yang berkenaan, dan anda mungkin berpeluang untuk bersetuju dengan terma tambahan. Jika berlaku percanggahan tidak boleh batal antara terma tambahan dan Terma ini, terma tambahan tersebut akan diguna pakai.

19 Pengasingan dan pengecualian

Melainkan dinyatakan sebaliknya dalam Perjanjian tersebut, jika terdapat sebarang peruntukkan Perjanjian didapati tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan atas sebarang sebab atau keilatan atau penguatkuasaan sedemikian tidak harus menjejaskan atau mempengaruhi peruntukkan yang lain dalam Perjanjian tersebut tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan, dan pemakaian peruntukkan tersebut harus dikuatkuasakan setakat yang dibenarkan oleh undang-undang.

Sebarang kegagalan oleh M-nilam atau mana-mana benefisiari pihak ketiga untuk menguatkuasakan Perjanjian atau mana-mana peruntukkan dengannya tidak harus mengecualikan hak M-nilam atau benefisiari pihak ketiga yang berkenaan untuk berbuat demikian.

20 Penugasan

M-nilam mungkin menugaskan Perjanjian atau mana-mana bahagian daripadanya, dan M-nilam mungkin mendedikasikan mana-mana kewajipannya di bawah Perjanjian tersebut. Anda tidak boleh menugaskan Perjanjian tersebut atau mana-mana bahagian daripadanya, atau memindah atau memberi sublesen hak anda di bawah Perjanjian, kepada mana-mana pihak ketiga.

21 Ganti rugi

Setakat yang dibenarkan sepenuhnya oleh undang-undang yang berkenaan, anda bersetuju untuk menanggung ganti rugi dan melindungi M-nilam daripada dan terhadap sebarang kerosakan, kerugian dan apa-apa jenis perbelanjaan (termasuk yuran dan kos guaman yang munasabah) yang timbul daripada: (1) pelanggaran anda terhadap Perjanjian ini; (2) mana-mana Kandungan Pengguna; (3) sebarang aktiviti yang anda terlibat atau melalui Perkhidmatan M-nilam; dan (4) pelanggaran anda terhadap sebarang undang-undang atau hak pihak ketiga.

.

22  Hubungi kami

Jika anda mempunyai sebarang soalan mengenai Perkhidmatan M-nilam atau Perjanjian tersebut, sila hubungi khidmat pelanggan M-nilam dengan menghubungi melalui nombor telefon Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling iaitu 04-470 5303  atau melayari laman web pusat sumber Smk Agama Baling iaitu http://smkabpss.wixsite.com/psssmkagamabaling/mengenai-pss  di dalam usaha untuk menyelesaikan aduan mengenai perkhidmatan atau untuk menerima maklumat lanjut mengenai penggunaan perkhidmatan.

Terima kasih kerana membaca Terma kami. Kami berharap anda menikmati M-nilam!

Entiti kontrak:

© Smk Agama Baling

 

Advertisements