Sejarah Penubuhan.

Pada bulan Ogos 1994 upacara pecah tanah pembinaan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling telah disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Pembinaan bangunan sekolah ini memakan masa selama lebih satu setengah tahun. Pada 1 Januari 1996, sekolah ini telah mula beroperasi dengan pendaftaran pelajar-pelajar Tingkatan 1 seramai 259 orang. Daripada jumlah ini, 100 orang merupakan pelajar putera dan 159 orang pelajar puteri. Terdapat 8 buah kelas yang dikenali sebagai nama 1 Abu Bakar, 1 Umar, 1 Uthman, 1 Ali, 1 Shafie, 1 Maliki, 1 Hanafi dan 1 Hambali

Visi Sekolah.

“Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Baling Menjadi Sekolah Kluster Kecemerlangan 2016”

Misi Sekolah.

Menyediakan pendidikan berkualiti bagi membina insan yang mempunyai kecemerlangan akademik, kemampuan sahsiah, kehebatan ko-kurikulum, kesejagatan kepimpinan, kejituan patrotisme dan kemahiran teknologi maklumat komunikasi (ict) terkini.

Sekolah beriltizam  untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi tujuan
pembelajaran berkesan dengan bimbingan guru dan sokongan kakitangan yang
berterusan.

Moto Sekolah

“Berilmu , Beramal , Bertakwa”

Berilmu  : Setiap individu diwajibkan menuntut ilmu untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.

Beramal: Individu yang memperolehi ilmu adalah dituntut supaya beramal dengannya agar  ilmu itu dapat dimanfaatkan sebaik mungkin.

Bertakwa: Perkaitan antara ilmu dan amal akan melahirkan  insan yang beriman.

Muatturun brosur rasmi sekolah : Klik sini

page01

page02

Enrolmen Pelajar

 

TAHUN/TINGKATAN

ENROLMEN  

BILANGAN KELAS

L P JUMLAH
Tingkatan 1 59 99 158 6
Tingkatan 2 66 89 155 6
Tingkatan 3 66 91 157 6
Tingkatan 4 43 93 136 5
Tingkatan 5 42 82 124 5
JUMLAH 276 454 730 28

 

Advertisements