Abdul Somat

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang .
Assalamulaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera .
Bersyukur saya ke hadrat ilahi keran dengan limpah dan kurnia-Nya saya berpeluang untuk melakar coretan dalam laman sesawang yang bakal menjadi kebangga semua warga SMK Agama Baling ini. Terlebih dahulu saya merakamkan ucapan terima kasih dan tahniah kepada sidang  redaksi kerana atelah berusaha sekali lagi untuk menerbitkan laman sesawang yang menjadi wadah dalam merealisasikan visi dan misi SMK Agama Baling menjadi sekolah yang cemerlang.
Warga SMK Agama Baling yang saya kasihi, sekolah merupkan pentas utama untuk merealisasikan hasrat kerajaan untuk mentransformasikan negara kearah sebuah negara maju dalam bidang pendidikan di peringkat global. Pelbagai usaha telah diambil oleh pihak sekolah dalam mengukir kejayaan pelajar dlam pelbagai bidang. Pencapaian membanggakan dalm peperiksaan penting seperti PT3 dan SPM merupakan satu manifestasi bahwa kita semua sentiasa bekerja kuat dan gigih bagi memastikan kelangsungan kecemerlangan di sekolah. Sesungguhnya keikhlasan dalam melaksanakan tugas dan usaha yang berterusan para guru akan menjadi azimat dalam meningkatkan komitmen dan kecemerlangan bersesuaian dengan tuntutan transformasi pendidikan masa kini,sekolah kita turut mengalami perubahan dalam satu fasa baru selangkah ke hadapan.
Kecermelangan akademik dan kokurikulum dapat dicapai dengan adanya kerjasama dan kesungguhan daripada semua pihak. Kejayaan yang dicapai pada hari ini tidak datang bergolek tetapi melalui disiplin yang mantap. Serta didikan agama secara berterusan mampu melahirkan modal insan yang mampu menerima cabaran untuk mencapai kecermelangan dalam ilmu pengetahuan dan sahsiah yang mulia serta terpuji sejajar dengan prinsip Falsafah Pendidikan Negara. Marilah kita meneruskan malan budaya kerja cemerlang,sikap istiqamah,berinovasi,dan bermotivasi untuk melakukan yang terbaik demi nusa dan bangsa.
Akhir kata, saya berharap semua warga SMK Agama Baling dapt melipatkan gandakan usaha untuk terus meraih kejayaan dan bersedia menghadapi cabaran alaf baru. Semoga kita semua sentiasa diberkati Allah S.W.T. dan memperoleh kekuatan untuk  melaksanakan tugas dan tanggungjawab.   Dalam era globalisasi yang mencabar ini,tentunya banyak cabaran yang harus dihadapi dan para pelajar haruslah melengkapkan diri dengan ilmu dan kemahiran.
Sekian,terima kasih.

Tuan Haji Abdul Somat bin Mat Don
Pengetua,
SMK Agama Baling.

Advertisements