Sumbangan kepada Siti Hawa binti Abdul Rahim (Kemaskini)

KEMASKINI

Pagi ini, 
Warga SMK Agama Baling menerima khabar duka, bapa Siti Hawa telah meninggal dunia.

Siti hawa kehilangan ibunya pada ramadhan yang lalu.

Kami di SMK Agama Baling pernah menyiarkan artikel tentang Kisah Hawa di sini.

Semoga Siti Hawa tabah menghadapi dugaan ini.

Salam takziah dari seluruh warga SMK Agama Baling.

 

Sumbangan boleh disampaikan ke akaun berikut :

SITI HAWA BINTI ABD RAHIM
02114020101152
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

IMG-20170809-WA0008IMG-20170809-WA0009

Siti Hawa mengiringi jenazah ayahnya ke hospital untuk post mortem.

Siti Hawa Abdul Rahim (bertudung koko), pelajar tingkatan 5 Alkindi, merupakan salah seorang calon SPM 2017 SMK Agama Baling. Pelajar yang mempunyai sahsiah terpuji dan cemerlang dalam akademik. 

Dugaan menimpa..

Ibu Siti Hawa disahkan mengidap penyakit buah pinggang kronik. Buah pinggang ibunya sudah bocor dan air keluar melalui perut dan perlu menjalani dialisis 3 kali seminggu. Siti Hawa merupakan anak kedua dari 3 adik beradik. Abangnya yang sulung mengambil upah menjual ikan dan adiknya yang bongsu sudah tidak bersekolah lagi. Ayahnya tidak mempunyai pekerjaan yang tetap. Purata pendapatan keluarganya ialah RM500.

Sudah jatuh ditimpa tangga.

Ayahnya yang pulang dari melawat ibunya di hospital telah terlibat dalam kemalangan jalanraya dan telah koma sehingga ke hari ini. Khabar duka ini masih belum disampaikan kepada ibunya kerana bimbangkan tahap kesihatan ibunya.

Siti Hawa secara bergilir-gilir bersama ibu saudaranya menjaga ibunya di Hospital Sultan Abdul Halim Sungai Petani. Bapanya ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dihospital yang sama.

Sehingga kini dimaklumkan, kos rawatan ibunya hampir RM4000 dan rawatan masih belum dapat dijalankan kerana masalah kewangan keluarganya.

Sumbangan dari guru-guru SMK Agama Baling kepada Siti Hawa Abdul Rahim.

Sumbangan boleh disampaikan ke akaun berikut :

SITI HAWA BINTI ABD RAHIM
02114020101152
Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB)

Sebarang pertanyaan boleh berhubung terus dengan nombor telefon di bawah.

Pn. Noor Eliani binti Mohd Jamil-0134714419

Pn. Noor Azimah binti Mohamad Noor-0134249390 (Kaunselor)

Advertisements